Wednesday, October 7, 2009

1st Time Tunaikan Google Adsense Western Union

Baru je tadi aku tunaikan Google Adsense melalui Western Union di Pejabat Pos. Mula-mula ingatkan nak tunggu nilai matawang malaysia naik sikit ke 3.5 berbanding 1 dollar.

Sebelum tu kecut perut jugak... ingatkan tak boleh tukar sebab aku ada terbaca kat satu blog yang nama dalam IC mesti sama dengan nama dalam akaun Goggle Adsense. Cth: (I/C) Kassim Bin Selamat, Google Adsense: Kassim Selamat, so... Bin tak ada dan kira tak sama. Lepas tu aku terus pergi pejabat Pos. Lepas isi borang, gi kaunter... dengan buat muka selamba.. aku cakap aku first time nak tunaikan Western Union nie... so... tak tau sangat... Lepas kerani pejabat Pos tu belek-belek IC aku, terus dia key in no MTCN. Huhhsss! Nasib baik boleh tukar... opss sebelum terlupa, jangan lupa bawakan salinan IC sekali kalau nak tunaikan Western Union.

Ni aku kongsikan gambar Statement of Earning yang pertama aku terima dari Google Adsense. Sorry la pasal perkataan yang diblurkan... :D

Borang Penerimaan Wang Western Union

1 comment: